Thursday, June 9, 2011

Kereta VS. Motorsikal

Salam semua. Perghh lama nya aku tak update blog. Dah naik semak apa..huhu. Kebelakangan ni agak busy dengan kerja dan aktivit luar. Kali ni aku nak cerita pasal boyfriend aku a.k.a motor baru aku ni suzuki smash 115. Hehe. First time aku beli barang mahal macam ni. Cash pulak tu, mesti la sayang gila. Gila pon tak sayang macam ni kan..hahaa.

Lepas je dapat bf ni aku dihujani dengan pelbagai solan macam "Eh, kenapa kau tak angkat kereta je, viva ke myvi ke dari motor ni leceh kena hujan apa la..." . Rata-rata teman sekerja pulak cakap macam ni "Hahh biar betul kau bawa motor kat KL ni. Tak bahaya ke? Beraninya kau kereta banyak tau kat jalan tu..". Haaa..angpa ingat aku ni berani sangat ka dok menyelit-nyelit ni. Mau terketaq kepala lutut mula-mula. Tapi nak buat macam mana niat aku mula-mula nak beli sebab senang nak ulang alik pergi tempat kerja. Jalan jem pon tak serabut sangat kepala ni. Sapa yang dok lalu Jalan Ampang hari-hari mesti tau betapa serabutnya jem kat sini. Nak keluar simapang rumah aku ni bukan senang, berpusu-pusu kereta tak putus-putus, dah la tak da traffic light. Naik moto tahan lagi bole la pecut laju sikit. Bukannya aku tak mau ambik kereta, masalahnya itu la. Tak sanggup nak menempuh jem tahap tu. Biasanya naik motor dalam 10 minit aku da sampai keje tapi kalau aku rasa kalau guna kereta bole jadi setengah jam apa. Naik motor minyak pon jimat, tu yang aku suka.

Tapi memang tidak dinafikan dah jadi impian semua orang sekarang ni especially yang baru kerja macam aku untuk ada kereta sendiri. InsyaAllah, aku nak kumpul duit untuk memiliki
tettttt..Nak kumpul duit bukan senang, kena banyak bersabar dan sacrifice macam-macam benda. Ok la, aku nak mandi. Bye.



Ni bukan kereta aku tapi abang aku. Cantik kan persona? Cepat cakap cantik kalau tak, tak nak kawan korang :P

2 comments: