Saturday, June 18, 2011

Jeles Dengan Kamu Yang Bekerja 5 hari Seminggu

Salam..Hari ni hari Sabtu bersamaan dengan 18 Jun 2011. Bagi sebilangan besar warga Malaysia yang bekerja, Sabtu dan Ahad merupakan HEAVEN bagi mereka tapi bagi aku, Sabtu masih perlu kerja weyyy!! huhu..Awal pagi Sabtu aku masih macam hari biasa, bangun awal dan pergi kerja. Nampak sangat perbezaan jalanraya hari Sabtu. Memang tak jem langsung. Ramai yang masih lena lagi kot.

Aku memang jeles dengan angpa yang keja 5 hari seminggu ni. Housemate aku yang 2 org tu pun cuti Sabtu Ahad..Jeles den.. Orang lain mungkin hari Jumaat dah boleh kerja dengan riang sebab esok tu da cuti tapi untuk orang yang keja Sabtu macam aku ni, tak dak maknanya. Kerja 6 hari, cuti sehari je. Pejam celik pejam celik dah Isnin balik. Kadang-kadang rasa macam tak dak life..Adeiiii..

Cuma bezanya hari Sabtu aku kerja sampai pukul 12 je lah. Biasanya hari Sabtu kes tak banyak. Macam pagi tadi ada satu kes jer dan sambung dengan ada Talk sikit. Pukul 1145 aku dah salin baju nak balik rumah. Sampai rumah terus tidur. Hehee...
Esok hari Ahad, aku nak jalan-jalan cuci mata walaupun selok poket tengok ada rm10 jer..huhu..I wish everyday is Sunday!! Ok, bye.


Tam kucing kesayangan dulu yang bila tidur x hengat dunia dah..ish2..

Sunday, June 12, 2011

My Besday, melayan perut dan dating dengan Prof. X..lalala... :D

Salam..

Semalam 11 June 2011 merupakan besday aku yang ke-24. Tuanya rasa..adeiiii..tapi x pe yang pastu jiwa masih remaja..kuang3x...... Excited besday sendiri sampai date dalam operation sheet patient semalam pon aku tertulis 11 june 1987. What??? naseb baik perasan awal kalu tak mesti kena maranh ngan senior :P. Walaupun besday aku still kerja half day semalam. Nak buat cam ne ni spital bukan abah teman punye tapi ahmad albab punya!!! adeiii...Lepas balik kerja semalam, Lelaki XY pon datang menjemput bawa aku ke sesi melayan perut di Oldtown White Coffee kat area Ampang ni. Mentang-mentang la besday aku, mau tibai dia makan kat tempat sedap-sedap jer. Hehe

Lepas makan pecut je kereta pergi MBO dan cakap kat kakak kaunter tu nak 2 tiket nak p dating ngn Charles Xavier A.K.A Prof. X yg sangat smart, baik hati, suka tolong mutant macam i, cerdas serta kacak idaman wanita seluruh dunia..auwwwww.

Prof. X zaman muda-muda, ada rambut lagi..kelas gitu..hik3..

Credit to pak cik google

Aku ni tak baca komik marvel bagai ni, aku suka tengok movie jer sebab tu la aku tak tau detail semua. Dalam X MEN First Class ni baru aku tau yang Prof X ngn Magneto/Erik ni dulu merupakan kawan baik, Prof X pernah menyelamatkan nyawa magneto dulu. Hehe..lambatnya aku. Dalam movie ni jugak ada scene diaorg main chess. Patutla dalam movie X-Men sebelum ni simbolik Chess ni masih ada walaupun Si Magneto ni masuk jail. Dan baru tau gak yg Prof. X ni lumpuh sebab si Magneto ni jugak. Sebab berbeza matlamat maka Si Magneto ni pon menubuhkan pasukan dia sendiri. Owh..sangat touching jugak tau persahabatan mereka ni especally ada scene yang Charles Xavier ni suruh Erik mengingati saat2 ketenangan bersama ibunya yang sudah mati untuk mengawal kuasa dia nak ubah edudukan satelit tu. Sampai mengalir air mata jantan Erik k. Auwww..Charles Xavier ni sayang tau rambut dia sampai dia cakap dekat Hank, " Don't touch my hair!" bila Hank suruh dia botak. Eleh tapi nanti dia botak jugak macam ni kan:

Hai Prof. X :P

Paling tak bole blah ada Hugh Jackman dalam movie ni. Tapi aku rasa dia play role as ayah Wolverine la walaupun scene tu beberapa saat je. Tengok perangai pon dah tau ego gila tak nak join team Charles Xavier ngan Erik sampai cakap kat diaorg "Go f**k urself!". Apa-apa pun aku memang sukaaaa gilaaaarr ngan citer ni. 5 bintang!!

Habes dating ngan Prof X, sebelum balik melayang perut lagi kat Secret Recipe. Kesian Lelaki XY abes dwet dia semalam. Hahahaa..kejam2...

Sebab batuk maka minum air suam dengan fresh milk jer..haha


Sedap2 semua..makan sampai licin....

Lepas makan terus balik malam jugak lah...Best gila semalam!! kalau hari-hari macam ni bole ke??Ok, Bye ;)

Thursday, June 9, 2011

Kereta VS. Motorsikal

Salam semua. Perghh lama nya aku tak update blog. Dah naik semak apa..huhu. Kebelakangan ni agak busy dengan kerja dan aktivit luar. Kali ni aku nak cerita pasal boyfriend aku a.k.a motor baru aku ni suzuki smash 115. Hehe. First time aku beli barang mahal macam ni. Cash pulak tu, mesti la sayang gila. Gila pon tak sayang macam ni kan..hahaa.

Lepas je dapat bf ni aku dihujani dengan pelbagai solan macam "Eh, kenapa kau tak angkat kereta je, viva ke myvi ke dari motor ni leceh kena hujan apa la..." . Rata-rata teman sekerja pulak cakap macam ni "Hahh biar betul kau bawa motor kat KL ni. Tak bahaya ke? Beraninya kau kereta banyak tau kat jalan tu..". Haaa..angpa ingat aku ni berani sangat ka dok menyelit-nyelit ni. Mau terketaq kepala lutut mula-mula. Tapi nak buat macam mana niat aku mula-mula nak beli sebab senang nak ulang alik pergi tempat kerja. Jalan jem pon tak serabut sangat kepala ni. Sapa yang dok lalu Jalan Ampang hari-hari mesti tau betapa serabutnya jem kat sini. Nak keluar simapang rumah aku ni bukan senang, berpusu-pusu kereta tak putus-putus, dah la tak da traffic light. Naik moto tahan lagi bole la pecut laju sikit. Bukannya aku tak mau ambik kereta, masalahnya itu la. Tak sanggup nak menempuh jem tahap tu. Biasanya naik motor dalam 10 minit aku da sampai keje tapi kalau aku rasa kalau guna kereta bole jadi setengah jam apa. Naik motor minyak pon jimat, tu yang aku suka.

Tapi memang tidak dinafikan dah jadi impian semua orang sekarang ni especially yang baru kerja macam aku untuk ada kereta sendiri. InsyaAllah, aku nak kumpul duit untuk memiliki
tettttt..Nak kumpul duit bukan senang, kena banyak bersabar dan sacrifice macam-macam benda. Ok la, aku nak mandi. Bye.



Ni bukan kereta aku tapi abang aku. Cantik kan persona? Cepat cakap cantik kalau tak, tak nak kawan korang :P