Thursday, May 5, 2011

Rumah oh rumah...

Haloo..rasanya ramai yang dah tau kot pasal kerja baru sekarang. Banyak betul dugaan nak mula keje kat sini belom masuk lagi, mula-mula aku hadapi masalah rumah sewa tak dapat lagi area dekat dengan tempat keje. Aku ni kalau boleh nak tempat keje ngan umah dekat je, yg boleh jalan kaki je. Bukan apa, aku dah biasa dok dekat-dekat je cam zaman sekolah dulu since form 1 smpai masuk universiti pon, hostel dekat je dengan kelas. Pendek kata tak payah risau la nak bangun awal-awal, semua jalan kaki 10 min je. Masuk zaman keje, tabiat tu terbawa-bawa lah sama. sebab tu lah aku boleh keje ngn company lama dulu, jalan kaki je beb. Balik dari keje malam-malam pon tak risau sangat.

Tapi untuk kes ni, Malang sungguh ah memang tak jumpa. Memang la perasan ada apartment dengan kondo kat area tu yg nak disewa. Siap ada swimming pool, gym, astro, tab mandi, playground (utk. kanak-kanak shj. yer..), angpa bagi ah nama semua memang kondo tu lengkap ah..pendek kata cuci kaki je kalau dapat tinggal kat situ..tapi cer teka harga dia berapa?? Sila baca kuat-kuat ayat ini wokeyy: sewa sebulan satu unit tu rm3.5k sebulan u all!!, kalo satu bilik medium tu koman-koman rm669 wokey sebulan. Hahahaa..tak dak maknanya aih..abes duit gaji dok bayar sewa jer buat apa, macam mana nak buat tabungan untuk hari perkahwinan kelak kan?? ahahaha gatai ah..Then, aku reject ar tempat tu..Kondo tu ala-ala cam bawah ni ahh:


credit to pak cik google

Kemudian, cari lg, jupe la satu kat area hosp. ampang tu pandan mewah ke apa ntah, rumah teres dua tinkat, 2 bilik tidur dan 2 bilik air. Bilik air dia best aku suka, agak besar dan ada tab mandi Konpem berjam-jam aku mandi..sewa ok la rm260 sebulan utk bilik yg besar tu. Kira ok lah dapat bilik besar dgn bilik air sorang-sorang conquer. Tapi problem la pulak kawasan tu agak jauh dari tempat keje (definisi jauh aku lebih 10km dari tempat keje), jalan pulak berbelit-belit boleh sesat aku, jam lagi.. Then, reject ah lg sekali..cam ni ar bentuk dia lebih kurang:

credit to pak cik google




Next, umah flat di mana umah yg aku tinggal sekarang nih..aku main gamble je amik umah ni..ish..ish ada ke org buat mcm aku ni main konpem jer amik rumah tanpa tengok dulu..nak buat macam mana dah tak sempat nak tengok. Abang dah ajak balik kampung, kalau tak, kena tinggal la aku naik bas la alamatnya balik kg.Sekarang aku kat umah ni la..biasa jer pon, flat paham-paham la angpa mcm mana kan, sewa pon rm165 je sebulan..tapi jarak dia dlm 3km camtu ke tempat keje, itu pasal la aku gamble je amik..hehe..Pas dapat umah, problem la pulak nak pi keje macam mana cek oii..aku mana ada motor, kereta...kereta kebal abah aku ada la kat umah, dia suh aku drive bawak sini ulang alik pi keje, tapi paham-paham je lah kereta kebal macam mana..zaman awal 90-an, ada cop bendera kat depan tu, manual, gear box pon ketat je, stereng pon keras nak mampuih..kalau aku bawak agak-agak lepas sampai mana haa..

lebih kurang macam ni lah flat tu..pic credit to pak cik google


Tengok masalah yang tak sudah ni, abang aku pon sudi nak pinjamkan motor kesayangan dia kat aku. Tengok, baik kan abg aku. Satu hal lagi macam mana nak amik motor dia kat Bangi tu. Lepas hantar aku dari kampung, petang tu dia bawak motor ke rumah lama aku, kemudian malam tu pulak dia datang lg naik kereta untuk amik barang aku pindah ke umah baru..aku sangat-sangat terharu tengok dia berpenat lelah ke hulu hilir sebab adik busuk kesayangan nih..huhu..minggu ni aku nak pi beli motor baru, yelah kesian la kat abg ulang alik p keje naik kereta, duit tol, minyak abes banyak ok kalo guna kereta.

Haa..tadi angpa mesti tertanya-tanya kan kereta kebal yg abah aku suh drive tu macam mana rupa dia, angpa rasa betul-betul ada meriam ka?..jeng..jeng..jeng..sila scroll ke bawah sejibik cam ni ahh...

credit to pak cik google

Hahaha..kan da cakap kebal kan kereta ni..masuk hutan keluar hutan, keluar masuk dusun durian pon steady jer. Dari Perlis sampai Johor pon dah sampai taw kereta nih, jgn main-main haa..

Aku bukan apa saja-saja buat entri ni. Pengajaran kat sini, silalah melabur dengan membeli rumah bukan dengan kereta mahal semata-mata sebab harga rumah semakin mahal tapi kereta semakin jatuh. Memang dapat pangkat pak cik kayooo ah tuan umah kat area KL nih. Dengar cerita rumah kat area Rawang makin hot ehh??..sekian, renung-renungkanlah dan selamat beramal :P.next time aku cerita pasal dugaan bermulanya kerja baru pulak..hahahaa..ok, bye.

3 comments:

  1. wey, ak tggu next entry ko tu.

    ReplyDelete
  2. next entry? nmpk gaya special jek? huhu..
    oh..sshnya keje kat sana..tp insya Allah..selagi ada kwn/cik abg di sana, dapat la kot tlg cari rumah..ngeh3~
    cantik jgk flat tu..

    ReplyDelete
  3. cik arija: wokeyyys
    cik blogger: cik abg??ehem2..hehe..flat tu sekadar hiasan dong..

    ReplyDelete