Assalamualaikum.
Enam huruf, dua perkataan. Move On. Sangat mudah untuk disebut, tetapi tidak semudah itu untuk melakukannya. Sangat memerlukan kekuatan, pengorbanan, ketabahan dan kesabaran yang sangat tinggi. Setiap manusia mengambil masa yang berbeza untuk mengatasinya. Ada yang memerlukan hanya beberapa hari sahaja, ada yang berminggu, berbulan, dan ada juga yang betahun-tahun. Mungkin juga ada yang tidak Berjaya langsung. Ada yang tidak kuat, menjadi lemah lantas dipengaruhi syaitan. Dan mungkin ada juga yang sanggup membunuh diri kerananya. Justeru, janganlah kau lemah!
Sebenarnya kau tidak patut memaksa diri untuk menghilangkan perasaan itu. Janganlah kau membenci dirinya walaupun menurut dia sendiri tidak salah membenci dirinya jika ia membawa kebaikan. Sungguh tidak bersetuju dengannya. Jangan pernah ada benci kerana takut perasaan yang masih ada itu bertukar menjadi lebih kuat. Jangan pernah ada dendam kerana ia permainan syaitan. Jadi, jalan yang terbaik adalah membiarkan sahaja perasaan itu. Rasa itu biar kau simpan seorang. Tak mengapa kerana lama-lama rasa itu akan menjadi kurang, tawar dan seterusnya lenyap suatu hari nanti. Jangan putus asa. Berdoalah kepada Allah agar perasaan itu akan lenyap suatu hari nanti. InsyaAllah, kau boleh! Tiga perkataan: Usaha, Doa, Tawakal. Usaha- kau sudah cuba sedaya-upaya untuk mempertahankannya dulu . Doa- teruskan berdoa setiap hari, setiap kali selepas selesai solat untuk melenyapkan perasaan itu. Tawakal- serahkan hal itu kepada Allah. Sesungguhnya Dia maha mengetahui apa yang terbaik buat hamba-Nya.
Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Everything happens for reason right? Seperti itu juga dalam perkara ini. Mungkin dulu kau lalai, hanyat dek keseronokan dunia bersama dengannya. Mungkin dulu kau hampir lupa siapa kau sebenarnya. Hanyalah hamba Allah yang kerdil di muka bumi ini. Inilah masa untuk kau bermusabah diri, merenung kembali kesilapan yang lalu. Berdoalah walaupun kau menangis di tikar sejadah. Manusia hanya mampu merancang tetapi Allah yang menentukan.
Berjanjilah, seremuk dan rabak mana sekalipun hati kau, bentuklah ia semula dan berdoalah suatu hari nanti ia akan menemui kebahagian di dunia juga akhirat. Manusia ni bukan robot, yang boleh kita program, setting untuk menyukai atau membenci kita. Ok, bye ;)
Tengok kucing hati jadi girang :D