Assalamualaikum (tak jawab dosa, jawab syg korang..eceh)
Malas nak tulis panjang-panjang. Aku rasa aku dah semakin gemok. Tak percaya? Serius rasa pipi aku dah tembam sedikit, dan perutku?? ohh tidak!! Walaupon ada kawan aku cakap "Woii, kau dah kurus lah, nak kurus macam mana lagi!". Tapi aku tetap tidak percaya, eleh kome saje lettew nak sedapkan hati teman. Mungkin faktor kerja sekarang yang memerlukan suhu persekitaran yg sejuk (biasanya bawah 20 degree celcius) menyebabkan aku sering kelaparan lantas hampir setiap hari turun ke cafe beli nasi lemak. Maka bermastautinlah lemak-lemak tu di dalam perut, pipi, peha etc. Vendor pulak selalu jugak belanja makan especially kalau ada major case tak pon 'talk', makan free weh saper tak nak tambah-tambah kalau domino pizza berdozen-dozen melambai kat kau atas meja makan tu..tak makan, rugi-rugi! hehe..
Balik kerja memang tak sah kalau tak selongkar dapur, ambil biskut 2 paket sambil mengunyap di depan tv, sungguh kelaparan dan salah satu terapi me'release' stress. Ishh-ishh..risau jugak nanti baju kena tukar ke saiz L. Tak nak lah!
Di saat menulis entri ni, aku masih tidak punya keberanian untuk menimbang berat dan aku menaip sambil menghirup teh herba yang rasanya sangatlah tak sedap (bwekkk!!) dalam usaha ramping semula :P
sedap benda kat atas ni taw! OK, bye.
Saturday, October 29, 2011
Saturday, October 15, 2011
Keluar rumah gelap, balik rumah pon gelap..oh matahari, i miss u
Assalamualaikum..
Minggu ni serius sangat busy oh! Rutin aku biasanya pukul 6.40 pg macam tu dah keluar rumah untuk berjuang di operation theatre (berjuang lah sangat??). Serius banyak kes sampai aku kena stay back je hari-hari. Keluar rumah awal gelap lagi, balik pon gelap da nak maghrib. Memanglah tak nampak matahari. Dah la bila masuk keje pas tukar baju duduk dalam OT tu dah rasa macam alien. Memang tak sedar, tak tengok kat luar dah hujan panas ke apa. Kadang-kadang geram juga dengan surgeon nih selalu datang lambat, yela jadi keje pula terpaksa tunggu diaorang datang untuk buat kes. Yang jadi mangsanya kita lah yang terpaksa stay back dan tunggu berjanggutlah sampai kes tu habis. Nasib baik overtime bayar, kalau tak, kiter bakor!hahahaa
Kadang-kadang aku fikir ada baik jugak busy macam ni. At least, aku tak bersendirian, at least aku boleh rehatkan fikiran dari masalah-masalah lepas. Mana tak nya, sejak rumate aku naik pangkat, yg lagi sorang pula buat part time malam-malam. Memang aku balik rumah pon tak de sesiapa pon, diaorang balik ntah pukul 10 ke 11 mlm macam tu. Balik keje penat sangat dan minggu ni pukul 9 ke 9.30 mlm memang dah K.O atas tilam.
Hujung minggu ni aku tak de plan pergi mana-mana. Cuma rasanya belum terlambat nak update pasal berdating dengan girlfren lama study di USM dulu, Shimah. Minggu lepas aku, Shimah dan cik abe dia yang tersayang ehemm telah mengadakan reunion di klcc. Reunion berlangsung selama hampir 4 jam berborak sambil makan dan cuci mata. Haippp! apsal skema semacam ayat nih. Pertemuan tak dirancang sebenarnya, dah alang-alang dia turun KL terus kami decide nak jumpa. Serius, berborak macam-macam tak ingat dunia, best sangat-sangat. Cik Abe dia pon sempoi jer boleh masuk satu kepala sekali lah..haha...Setahun juga lah tak jumpa. Sempat juga dia kirimkan resume untuk dihantar. Serius, aku rindu kawan-kawan masa study dulu. Serius, aku rasa sunyi keje sini sorang-sorang. Huhu..Cik blogger & Cik arija, bila pulak kita nak berdating?
Girlfren lama ayu berbaju kurung dating di klcc. Aku pula tak boleh blah setia dengan jeans..hehe
Nota wangi: entri ni aku letak banyak perkataan 'serius' eh? baru perasan lah, aku tak sengaja serius weh..eh?

Monday, October 3, 2011
Jika dia bukan milikku
Assalamualaikum :) ..tengok bersawang lagi blog nih..ish2..
2 minggu lepas tak silap aku, kawan baik masa study kat usm dulu kasi aku sebuah doa. Doa yang memberi kesan kepada diri aku. Di sini, aku ingin share bersama korang juga :)
Bismillahirrahmanirrahim..
"Ya Allah... Seandainya telah engkau catatkan...
Dia milikku tercipta buatku...Satukanlah hatinya dengan hatiku...
Titipkanlah kebahagian antara kami...
agar kemesraan itu abadi...
Dan ya Allah ya tuhanku yang maha mengasihi...
Seiringkanlah kami melayari hidup ini...
Ketepian yang sejahtera dan abadi...
Tetapi ya Allah...
Seandainya telah engkau takdirkan...dia bukan miliku...
Bawalah ia jauh dari pandanganku... Luputkanlah ia dari ingatanku...Dan peliharalah aku dari kekecewaan...
Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti...Berikanlah aku kekuatan...
Melontar bayangannya jauh ke dada langit...
Hilang bersama senja nan merah... agar aku bahagia...
Walaupun tanpa bersama dengannya...
"Dan ya Allah yang tercinta...Gantillah yang telah hilang...
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah...
Walaupun tidak sama dengan dirinya...
Ya Allah ya tuhanku...Pasrahkanlah aku dengan takdirmu...
Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan...
Adalah yang terbaik buat ku...kerana Engkau maha mengetahui...
Segala yang terbaik buat hamba Mu ini...Ya Allah...
Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku...
Di dunia dan di akhirat.."
"Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini...
Jangan engkau biarkan aku sendirian...Di dunia ini mahupun di akhirat...
Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran...
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman...
Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup...
Ke jalan yang Engkau redhai...dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh...
Amin.. Ya Rabbal Alamin..."
credit to pak cik google
credit to pak cik google jugak.
InsyaAllah, semoga kita sama-sama beroleh kebahagiaan di dunia dan akhirat..amin

Subscribe to:
Posts (Atom)