Wednesday, August 24, 2011

Kan Dah Cakap

Salam..

Adeiish lamanya teman tak mengupdate blog nih. Dah bersarang ke apa. Tengok, sedar tak sedar hari ni dah genap 24 hari kita berpuasa di bulan Ramadhan yang mulia. Selamat Berpuasa semua :) Dan ini juga bermakna dah sebulan tak update blog. Adeisshh..Tersangatlah busy sekarang dengan kerja, assignment..huhu..

Banyak perkara berlaku dalam bulan puasa ni. Alhamdulillah setelah 3 bulan di hospital ni, akhirnya dapat jugak surat confirm jawatan. Rezeki di bulan puasa. Ini juga bermakna tanggungjawab makin besar, dah kena start buat kerja seorang-seorang. No more tagging. Serious, rasa nervous sangat! Sampai sekarang masih ada perasaan gemuruh tu. Angpa ingat senang ke setelah hampir setahun menganggur dari dunia nursing, tiba-tiba kau jadi nurse balik. Otak berkarat, skill dah tumpul, kena cuci balik semua. Tu lah ni gov. la sape suruh tak amik kitaorg keje terus lepas grad kan dah susah. Aippp tak baik bulan-bulan puasa cakap macam tu. Think positive wokehh..Apa-apa pon hidup mesti terus bukan? InsyaAllah mesti boleh :)

Sesi beramah mesra dengan Abang R tentang CVP & Art line


Raya?? Yeayy maybe sebab aku still junior maka cuti seminggu raya tahun ni lulus! InsyaAllah Jumaat petang ni akan berangkat bersama abang pulang ke Gerikland. Tak sabor rasanya. Nasib baik ada perasaan rajin sikit, kalau tak mesti dah MC sampai Jumaat ni..Muahahaaa..

Ish-ish adik teman ni tak dapat pokok, tiang rumah pon boleh jadi


Ni gambar lama tapi hampir tiap tahun opah aku kacau dodol. Tengoklah gigih adik aku sorang nih kan..hehe


Cepatlah Jumaat ohh..Hati-hati di jalan raya k. Ok, bye :)