Assalamualaikum.
Enam huruf, dua perkataan. Move On. Sangat mudah untuk disebut, tetapi tidak semudah itu untuk melakukannya. Sangat memerlukan kekuatan, pengorbanan, ketabahan dan kesabaran yang sangat tinggi. Setiap manusia mengambil masa yang berbeza untuk mengatasinya. Ada yang memerlukan hanya beberapa hari sahaja, ada yang berminggu, berbulan, dan ada juga yang betahun-tahun. Mungkin juga ada yang tidak Berjaya langsung. Ada yang tidak kuat, menjadi lemah lantas dipengaruhi syaitan. Dan mungkin ada juga yang sanggup membunuh diri kerananya. Justeru, janganlah kau lemah!
Sebenarnya kau tidak patut memaksa diri untuk menghilangkan perasaan itu. Janganlah kau membenci dirinya walaupun menurut dia sendiri tidak salah membenci dirinya jika ia membawa kebaikan. Sungguh tidak bersetuju dengannya. Jangan pernah ada benci kerana takut perasaan yang masih ada itu bertukar menjadi lebih kuat. Jangan pernah ada dendam kerana ia permainan syaitan. Jadi, jalan yang terbaik adalah membiarkan sahaja perasaan itu. Rasa itu biar kau simpan seorang. Tak mengapa kerana lama-lama rasa itu akan menjadi kurang, tawar dan seterusnya lenyap suatu hari nanti. Jangan putus asa. Berdoalah kepada Allah agar perasaan itu akan lenyap suatu hari nanti. InsyaAllah, kau boleh! Tiga perkataan: Usaha, Doa, Tawakal. Usaha- kau sudah cuba sedaya-upaya untuk mempertahankannya dulu . Doa- teruskan berdoa setiap hari, setiap kali selepas selesai solat untuk melenyapkan perasaan itu. Tawakal- serahkan hal itu kepada Allah. Sesungguhnya Dia maha mengetahui apa yang terbaik buat hamba-Nya.
Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Everything happens for reason right? Seperti itu juga dalam perkara ini. Mungkin dulu kau lalai, hanyat dek keseronokan dunia bersama dengannya. Mungkin dulu kau hampir lupa siapa kau sebenarnya. Hanyalah hamba Allah yang kerdil di muka bumi ini. Inilah masa untuk kau bermusabah diri, merenung kembali kesilapan yang lalu. Berdoalah walaupun kau menangis di tikar sejadah. Manusia hanya mampu merancang tetapi Allah yang menentukan.
Berjanjilah, seremuk dan rabak mana sekalipun hati kau, bentuklah ia semula dan berdoalah suatu hari nanti ia akan menemui kebahagian di dunia juga akhirat. Manusia ni bukan robot, yang boleh kita program, setting untuk menyukai atau membenci kita. Ok, bye ;)
Tengok kucing hati jadi girang :D
Ini Bukan Cerita Biasa
Bukan Juga Cerekarama
Wednesday, November 23, 2011
Rasa Itu Biar Ia Pergi Sendiri
Saturday, October 29, 2011
Melalui Fasa Kegemukan
Assalamualaikum (tak jawab dosa, jawab syg korang..eceh)
Malas nak tulis panjang-panjang. Aku rasa aku dah semakin gemok. Tak percaya? Serius rasa pipi aku dah tembam sedikit, dan perutku?? ohh tidak!! Walaupon ada kawan aku cakap "Woii, kau dah kurus lah, nak kurus macam mana lagi!". Tapi aku tetap tidak percaya, eleh kome saje lettew nak sedapkan hati teman. Mungkin faktor kerja sekarang yang memerlukan suhu persekitaran yg sejuk (biasanya bawah 20 degree celcius) menyebabkan aku sering kelaparan lantas hampir setiap hari turun ke cafe beli nasi lemak. Maka bermastautinlah lemak-lemak tu di dalam perut, pipi, peha etc. Vendor pulak selalu jugak belanja makan especially kalau ada major case tak pon 'talk', makan free weh saper tak nak tambah-tambah kalau domino pizza berdozen-dozen melambai kat kau atas meja makan tu..tak makan, rugi-rugi! hehe..
Balik kerja memang tak sah kalau tak selongkar dapur, ambil biskut 2 paket sambil mengunyap di depan tv, sungguh kelaparan dan salah satu terapi me'release' stress. Ishh-ishh..risau jugak nanti baju kena tukar ke saiz L. Tak nak lah!
Di saat menulis entri ni, aku masih tidak punya keberanian untuk menimbang berat dan aku menaip sambil menghirup teh herba yang rasanya sangatlah tak sedap (bwekkk!!) dalam usaha ramping semula :P
sedap benda kat atas ni taw! OK, bye.

Saturday, October 15, 2011
Keluar rumah gelap, balik rumah pon gelap..oh matahari, i miss u
Assalamualaikum..
Minggu ni serius sangat busy oh! Rutin aku biasanya pukul 6.40 pg macam tu dah keluar rumah untuk berjuang di operation theatre (berjuang lah sangat??). Serius banyak kes sampai aku kena stay back je hari-hari. Keluar rumah awal gelap lagi, balik pon gelap da nak maghrib. Memanglah tak nampak matahari. Dah la bila masuk keje pas tukar baju duduk dalam OT tu dah rasa macam alien. Memang tak sedar, tak tengok kat luar dah hujan panas ke apa. Kadang-kadang geram juga dengan surgeon nih selalu datang lambat, yela jadi keje pula terpaksa tunggu diaorang datang untuk buat kes. Yang jadi mangsanya kita lah yang terpaksa stay back dan tunggu berjanggutlah sampai kes tu habis. Nasib baik overtime bayar, kalau tak, kiter bakor!hahahaa
Kadang-kadang aku fikir ada baik jugak busy macam ni. At least, aku tak bersendirian, at least aku boleh rehatkan fikiran dari masalah-masalah lepas. Mana tak nya, sejak rumate aku naik pangkat, yg lagi sorang pula buat part time malam-malam. Memang aku balik rumah pon tak de sesiapa pon, diaorang balik ntah pukul 10 ke 11 mlm macam tu. Balik keje penat sangat dan minggu ni pukul 9 ke 9.30 mlm memang dah K.O atas tilam.
Hujung minggu ni aku tak de plan pergi mana-mana. Cuma rasanya belum terlambat nak update pasal berdating dengan girlfren lama study di USM dulu, Shimah. Minggu lepas aku, Shimah dan cik abe dia yang tersayang ehemm telah mengadakan reunion di klcc. Reunion berlangsung selama hampir 4 jam berborak sambil makan dan cuci mata. Haippp! apsal skema semacam ayat nih. Pertemuan tak dirancang sebenarnya, dah alang-alang dia turun KL terus kami decide nak jumpa. Serius, berborak macam-macam tak ingat dunia, best sangat-sangat. Cik Abe dia pon sempoi jer boleh masuk satu kepala sekali lah..haha...Setahun juga lah tak jumpa. Sempat juga dia kirimkan resume untuk dihantar. Serius, aku rindu kawan-kawan masa study dulu. Serius, aku rasa sunyi keje sini sorang-sorang. Huhu..Cik blogger & Cik arija, bila pulak kita nak berdating?
Girlfren lama ayu berbaju kurung dating di klcc. Aku pula tak boleh blah setia dengan jeans..hehe
Nota wangi: entri ni aku letak banyak perkataan 'serius' eh? baru perasan lah, aku tak sengaja serius weh..eh?

Monday, October 3, 2011
Jika dia bukan milikku
Assalamualaikum :) ..tengok bersawang lagi blog nih..ish2..
2 minggu lepas tak silap aku, kawan baik masa study kat usm dulu kasi aku sebuah doa. Doa yang memberi kesan kepada diri aku. Di sini, aku ingin share bersama korang juga :)
Bismillahirrahmanirrahim..
"Ya Allah... Seandainya telah engkau catatkan...
Dia milikku tercipta buatku...Satukanlah hatinya dengan hatiku...
Titipkanlah kebahagian antara kami...
agar kemesraan itu abadi...
Dan ya Allah ya tuhanku yang maha mengasihi...
Seiringkanlah kami melayari hidup ini...
Ketepian yang sejahtera dan abadi...
Tetapi ya Allah...
Seandainya telah engkau takdirkan...dia bukan miliku...
Bawalah ia jauh dari pandanganku... Luputkanlah ia dari ingatanku...Dan peliharalah aku dari kekecewaan...
Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti...Berikanlah aku kekuatan...
Melontar bayangannya jauh ke dada langit...
Hilang bersama senja nan merah... agar aku bahagia...
Walaupun tanpa bersama dengannya...
"Dan ya Allah yang tercinta...Gantillah yang telah hilang...
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah...
Walaupun tidak sama dengan dirinya...
Ya Allah ya tuhanku...Pasrahkanlah aku dengan takdirmu...
Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan...
Adalah yang terbaik buat ku...kerana Engkau maha mengetahui...
Segala yang terbaik buat hamba Mu ini...Ya Allah...
Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku...
Di dunia dan di akhirat.."
"Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini...
Jangan engkau biarkan aku sendirian...Di dunia ini mahupun di akhirat...
Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran...
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman...
Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup...
Ke jalan yang Engkau redhai...dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh...
Amin.. Ya Rabbal Alamin..."
credit to pak cik google
credit to pak cik google jugak.
InsyaAllah, semoga kita sama-sama beroleh kebahagiaan di dunia dan akhirat..amin

Thursday, September 15, 2011
Today is Thursday
Assalamualaikum..
Today is Thursday..
I just finished theoretical exam today,
Even though there were many things happened that were out of my control,
Even though almost every seconds thinking of something that fly away,
Even though almost every night i studied with eyes fill of tears,
Alhamdulillah i passed the exam and achieved the highest score in class..
Today is Thursday..
I am wondering,
Keep asking myself this stupid question,
Can i survive living in KL alone?
I have no one here,
I am no longer with him,
We used to hang around almost everyday,
We used to try new things and stuff together,
Face the challenges in this big city together,
But now..i am here..alone,
I feel so scared..seriously,
Feel like i just want pack up my things and get out from this hectic city,
The city that keep all our memories.
Today is Thursday..
It is raining outside,
Sometimes i wish i had wings,
So that i can fly to you,
But i know, i can't..

Wednesday, September 7, 2011
Aidilfitri Yang Luar Biasa..Anda?
Assalamualaikum...
Rasanya belum terlambat untuk aku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada kamu semua yang sudi membaca blog yang berhabuk lagi bersawang ini memandangkan masih lagi di bulan Syawal yang mulia. Di kesempatan ini juga,diri ini ingin menyusun 10 jari memohon kemaafan andai tersilap bicara, penulisan
sepanjang penglibatan dalam dunia blogging ni ..ecehh..macam lah kau blogger yg rajin meng'update' kan :P
Raya tahun ni memberi kelainan pada aku sebab merupakan raya pertama aku kena bagi duit raya..Haa kan dah kerja, apa salahnya kan? Walaupun tak banyak
dan tak berpeluang untuk bagi kepada semua orang tapi dapat beri kepuasan yang tersendiri. Dah tiga bulan lebih aku tak balik kampung. Sumpah rindu sangat-sangat. Sebab tu raya tahun ni memang terasa sangat lah nak banding dengan tahun-tahun lepas.
Inilah hasil apabila shopping last minit. Baju kurung pink purple tu rm65 dan shawl satin tu rm14 jer. Bandana tu dah lama beli, recycle je. Aku memang tak suka beli baju raya mahal-mahal sebab mengikut pengalaman lepas pakai 2-3 kali setahun saja..membaziaq cheq oiii!
Bersama adik-adik yang dulu debab dan puan emak
Hari raya pon nak merempit depa nih..ish2..
Sungguhpun gembira di hari raya, tapi masih ada cebisan dalam jiwa yang sedih. Detik 1 syawal yang mengubah perasaan dengan sekelip mata, menjadi hati mereka seperti orang asing tatkala berbicara. Sungguh, disangkaan panas berpanjangan hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Sekian, berita hari raya luar biasa dari saya. Ok, bye :)
Wednesday, August 24, 2011
Kan Dah Cakap
Salam..
Adeiish lamanya teman tak mengupdate blog nih. Dah bersarang ke apa. Tengok, sedar tak sedar hari ni dah genap 24 hari kita berpuasa di bulan Ramadhan yang mulia. Selamat Berpuasa semua :) Dan ini juga bermakna dah sebulan tak update blog. Adeisshh..Tersangatlah busy sekarang dengan kerja, assignment..huhu..
Banyak perkara berlaku dalam bulan puasa ni. Alhamdulillah setelah 3 bulan di hospital ni, akhirnya dapat jugak surat confirm jawatan. Rezeki di bulan puasa. Ini juga bermakna tanggungjawab makin besar, dah kena start buat kerja seorang-seorang. No more tagging. Serious, rasa nervous sangat! Sampai sekarang masih ada perasaan gemuruh tu. Angpa ingat senang ke setelah hampir setahun menganggur dari dunia nursing, tiba-tiba kau jadi nurse balik. Otak berkarat, skill dah tumpul, kena cuci balik semua. Tu lah ni gov. la sape suruh tak amik kitaorg keje terus lepas grad kan dah susah. Aippp tak baik bulan-bulan puasa cakap macam tu. Think positive wokehh..Apa-apa pon hidup mesti terus bukan? InsyaAllah mesti boleh :)
Sesi beramah mesra dengan Abang R tentang CVP & Art line
Raya?? Yeayy maybe sebab aku still junior maka cuti seminggu raya tahun ni lulus! InsyaAllah Jumaat petang ni akan berangkat bersama abang pulang ke Gerikland. Tak sabor rasanya. Nasib baik ada perasaan rajin sikit, kalau tak mesti dah MC sampai Jumaat ni..Muahahaaa..
Ish-ish adik teman ni tak dapat pokok, tiang rumah pon boleh jadi
Ni gambar lama tapi hampir tiap tahun opah aku kacau dodol. Tengoklah gigih adik aku sorang nih kan..hehe
Cepatlah Jumaat ohh..Hati-hati di jalan raya k. Ok, bye :)

Subscribe to:
Posts (Atom)